HEADER

Powered By Blogger

ni kisah hidup aku..ske hati aku nak tulis pe pun

korang suke korang layan..x ske jgn baca... tadaaaa..pesanan ikhlas dari penaja..aku la tuh

Pages

25 January 2012

kuseru rindu itu...


ni la dunia aku...membaca novel... aku sgt suka novel ni...tu yang aku share kat sini... aku sendiri x sangka novel ni cam ada kaitan ngan diri aku... tapi aku tidak la sejahat watak maisara dalam cite tu... he3... aku ni lebih pada memendam...klau orang da x suke wat ape nak pakse.. let it go... kan senang...memang mengambil masa yang agak lama untuk kite melupakan seseorang yang kita sayang... tapi x bermakna kite boleh menyakitkan hati insan lain demi kebahagian kita sendiri...

nak tau sinopsis cite ni...


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?...







No comments:

Post a Comment